Wednesday, June 16, 2010

Kesibukanku Hari Ini.

Hmmm, hari ni sy busy n sgt penat. Gler ah.
Pagi2 dikejutkn dengan deringan telefon bimbit sy. Babah rupanya. Beliau menyuruh sy pergi ke luar rumah kerana terdapat despatch boy yg mahu menyerahkn parcel sedang menanti di luar rumah. Dengan perasaan malas utk menyarungkn baju berlapis2, sy hanya menyarung bathrobe sahaja. Dengan rambut serabai dan muka suci belum cuci muka sy pn keluar mengambil parcel tersebut. Kelihatan di wajah abg despatch itu riak2 kelucuan dan mimik2 ejekan. Lantak engko la, aku mamai lg ni. Saya msuk ke dalam rumah dan menyambung semula lena yg terganggu sebentar td.
Sesudah itu sy pn bgn semula dan lantas trun ke bawah kerana babah sudah blik membawa sarapan utk kami semua. Roti canai. Haih, tiba2 hati ini diserang rindu akn roti tampal goyang d JB tempoh hari. Sesudah makan, sy dan adik2 bt lerrr apa yg patut dalam usaha kami mengemas rumah yg telah seminggu ditinggalkn. Kemudian, by noon, babah menyuruh sy pergi ke shah alam utk mengambil brg beliau di pejabat pos. Di sinilah kesibukan hariku bermula.
Sesampaiku d post office dan setelah menunggu beberapa lama, barulah aku dimaklumkan yg sebenarnya brg tersebut sepatutnya diambil di post office yg satu lg. D glenmarie. Aduhai, mmg haram la sy nk ke sana selepas itu. Sy pn membuat keputusan utk trus ke Kota Damansara. Pusing punya pusing jalan keluar, pi mai pi mai tang tu gak. 3 kali sy tawaf, last skali bru pass naik highway nk ke KD.
Kemudian sy ke rumah Phat utk menguruskan wardrobe n accessories utk photoshoot ktorg pnye blog 2. Sedar2 x sedar sudah pukul 3.20pm. Dengan kelam kabut nya sy memecut kenderaan utk ke kolej. Tetapi pada ketika photoshoot itu sdg berlangsung, kami semua seperti ter-annoyed dgn kerenah Diba ank Datuk. Semua serba xkena, dh la dtg lambat. Haih. Kemudian, sesudah tiba d kolej kami pn berlari2 ank ke kelas kerana quiz sdg berlangsung ketika ini. Dan kami hanya mempunyai 4minit utk menyiapkn quiz tersebut. Kemudian sepanjang class sy dan Phat hanya tersengguk2 menahan mengantuk. Kemuncaknya ialah kami bergabung kepala utk sama2 menidurkn diri selama beberapa minit kuliah tersebut.
Apabila waktu rehat tiba, sy dan Phat berpusu2 ke canteen utk soru. Perghh, sumpah lapar. Yela, breakfast sahaja dr td. Kami pn melantak dgn sepuas hati. Kemudian class pn bersambung. Kami tertidur lg, seperti biasa. Apabila class telah berakhir, sedang aku mencuba meloloskn diri dr seat yg sempit itu, tiba2 Diba dtg dan berkeras mahu menatap semula gambar2 yg telah diambil sepanjang photoshoot td. Aku mengatakn lain kali saja lah kerana aku mahu berkejar mengambil mama blik dr kerja, tp dia berkeras. Aku dilanda kegeraman lalu mengeluh dan meninggikan suaraku utk menyatakan ketidakpuashatianku. Tp dia tetap xpaham protes itu. Slow sungguh!
Selepas mengadakan sesi soal jawab mengenai blog Wordpress.com kami dgn Mr Ilyas, aku pn keluar dr class. Tiba2 Egypt mengejarku dr belakang dan memulakan perbualan. Rindu katanya. Aku pn pelik, begitu juga dgn Phat. Apakah??? Selepas itu aku menghantar Phat ke klinik kerana beliau berasa kurang sihat, sama seperti apa yg ku rasakan ketika ini. Sesudah itu aku trus memecut kenderaan utk mengambil mama yg sudah pulang dr kerja. Nasib baik jalanraya tidak mengada2 hari ini, kurang kesesakan dan lancar perjalananku. Aku sampai di rumah lebih kurg pukul 8.30malam selepas menurut kehendak mama utk singgah di sana sini.
Sampai2 je terus makan. Sesudah makan aku naik ke bilik dan bersiap sedia utk mandi. Tiba2 ada khidmat pesanan ringkas diterima d telefon bimbitku. Ah, kekasih hati rupanya. Sekonyong2 aku dipagut rasa bersalah kerana telah mengabaikan beliau sepanjang hari ini kerana kesibukanku. Walaupn begitu aku ttp gumbira mendapat khidmat pesanan ringkas itu, biar aku ada mengesan sedikit riak2 kemalasan dan kemenyampahan dr cara beliau menghantar pesanan tersebut. Tak mengapa lah, pasrah sahaja kepada Yang Esa, dia Maha Mengetahui. Selepas mandi aku berasa lega. Segala2nya sudah wangi. Rambut ini sungguh ringan, harumannya menyegarkn mindaku.
Kemudian aku turun ke bawah. Adik2 perempuanku sdg menonton Hitz. Lagu2nya semua layannnnn. Kami pn mengadakan konsert d ruang tamu itu, miming lagu2 yg berkumandang. Nasib baik babah keluar membincangkan soal kerja, kalau tidak mmg sah2 kami akn diterajang sorg demi sorg. Hahahaha. Kemudian aku naik semula ke bilik dan mula mengarang entry ini, mmg macam haram cara aku menulisnya kali ini. Keskemaan melanda.
Telefon bimbit ku letakkan betul2 di sebelah komputer ribaku. Menanti ia berdering, menunggu khidmat pesanan ringkas atau jikalau bernasib baik panggilan telefon dr kekasih hati. Tetapi hampa. Lantas aku meruntuhkan tembok keegoan ku dan mengambil inisiatif pertama untuk menghantar pesanan kepadanya. Perkara biasa. Soalan lain yg ku ajukan, jawapan lain yg diterima. Lagi sekali, tak mengapa lah. Beliau sedang sibuk agaknya.
Walaupn aku dilanda kesibukan sepanjang hari ini, separuh dr jiwa dan ingatanku ada pada sang kekasih hati. Ingatan padanya tetap utuh, dan di satu sudut kecil hati ku aku mengharapkn sedikit tanda ingatan dr beliau. Satu khidmat pesanan ringkas darinya sudah mencukupi bagiku, tetapi hampa. Dan seperti biasa, tak mengapa lah. Sakit dadaku menanggung rindu, seperti menghidap barah tahap kritikal lagaknya. Dan seperti biasa lg, tak mengapa lah.
Seperti biasa juga, tidur malamku akn ditemani outfit itu. Kehangatan yg ku rasakn dr litupan outfit tersebut ke atas badanku seolah2 hangatnya pelukan dr beliau. Dan pasti akn nyenyak lenaku, mimpi2 indah belaka.
~And I wonder if I ever crossed your mind. To me it happens all the time.~ Lady Antebellum, Need You Now.

No comments: